Viral Dakwa Staff HKL Main Phone, Makan dan Borak Sambil Kerja, Ini Penjelasan Dari Penolong Pegawai Perubatan
Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial kisah yang dimuatnaik di laman sosial beberapa keping gambar dan artikel yang mendakwa kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur yang didakwanya buat kerja main-main.
Lelaki berkenaan bernama Laksh Yah mendakwa kakitangan HKL berkenaan bermain telefon, berborak-borak dan makan semasa sedang bekerja. Berikut apa yang didakwanya. Terpanggil dengan viral itu, persatuan Penolong Pegawai Perubatan telah tampil untuk menjawab dakwaan lelaki tersebut yang dikatakan cuba memburukkan nama kakitangan HKL berkenaan.
Berikut adalah penjelasan mereka.
Terkini terjadi lagi satu kes viral di alam maya yang di muat naik oleh seorang individu yang tidak profesional iaitu dengan menggunakan medium media massa dalam menyampaikan aduan sedangkan saluran aduan yang sebetulnya telah di wujudkan sejak sekian lama lagi.
Memandangkan kes ini melibatkan dengan staff Penolong Pegawai Perubatan (PPP) seperti gambar di bawah, kami selaku rakan sejawat akan menjawab bagi membersihkan kembali nama PPP yang di salah ertikan tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku pada masa kejadian. Penjelasan yang bakal di jelaskan akan merangkumi fakta secara umum bagi memudahkan pemahaman orang awam dan akan menerangkan serba sedikit tugas staff perubatan khususnya PPP dalam kes viral ini.
Untuk makluman pengadu dan orang awam :
1. Petugas di Jabatan Kecemasan & Trauma yang memakai uniform berbaju kemeja putih, "tucked in", bertali pinggang, berseluar hitam dan bertali leher merupakan seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP)
2. Staff yang berada di kaunter "triage" (saringan pertama) atau lebih mudah di fahami orang pertama yang anda akan jumpa bagi mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan di terajui oleh PPP.
3. Kaunter "triage" merupakan saringan utama yang akan menilai sesorang itu berdasarkan penilitian luaran tahap kecemasan dan kecederaan yang di alami
4. PPP yang bertugas di kaunter "triage" merupakan seorang PPP yang bertauliah dan bekerja mengikut SOP di mana mereka tahu tahap mana kecemasan dan kecederaan yang di alami oleh sesorang itu
5. Tahap pandangan keterukkan sesuatu kecederaan orang awam adalah berbeza dengan pandangan tahap keterukkan kecederaan PPP yang bertauliah kerana PPP telah di latih untuk menilainya.
6. PPP yang bertugas di kaunter "triage" tidak mengetahui perkara yang berlaku di setiap zon kerana mereka di tugaskan pada masa berkenaan untuk menjaga kaunter "triage" sahaja. Jadi apa yang di jawab oleh PPP tersebut adalah benar kerana beliau sendiri tidak mengetahui zon mana mangsa tersebut di masukkkan kerana beliau bertugas pada posisi "triage"
7. Menerusi apa yang di ceritakan oleh pengadu menunjukkan bahawa mangsa hanya di tempatkan di zon hijau ini bermakna mangsa bukan berada di dalam keadaan yang boleh memgancam nyawa.
8. Walaupun di letakkan di zon hijau, pesakit akan di periksa terlebih dahulu di kawasan "secondary triage" atau lebih di kenali sebagai kaunter saringan sekunder. Dalam kawasan ini, pesakit akan di nilai "vital sign" pesakit dan berikan rawatan awal. Jika semua perkara menunjukkan pesakit dalam keadaan yang stabil, pesakit akan di letakkan di zon hijau. Namun demikian, pengadu tidak memceritakan pada fasa rawatan ini.
9. Menggunakan alatan mudah alih ( handphone) tidak semestinya seseorang itu sedang "bermain" handphone, hal ini kerana dengan kemajuan teknologi , pelbagai perkara termasuk perkara perkara penting seharian termasuk sesi pembelajaran dan pekerjaan seharian boleh di capai dengan menggunakan aplikasi mudah alih. Setakat mengambil gambar sesorang itu memggunakan handphone tidak bermakna beliau sedang "bermain" handphone.
10. Rakan rakan sejawat yang duduk sekali dengan petugas "triage" tidak bermaksud mereka sedang "melepak". Mereka mungkin di tugas untuk perkhidmatan ambulans di mana perlu bersedia setiap masa untuk sebarang merespon sebarang panggilan kecemasan dan lain lain tugas yang tidak terikat dengan zon zon di dalam Jabatan Kecemasan.
11. Jabatan Kecemasan & Trauma tidak mengamalkan konsep "first come , first serve" dan tidak mengamalkan "double standard" di mana walaupun mangsa merupakan staff perubatan tidak semestinya beliau akan mendapat rawatan cepat kerana ada pesakit yang lebih mengancam nyawa yang perlu di fokuskan.
12. Daripada diagnosis kecederaan yang di utarakan oleh pengadu selepas mangsa di lihat oleh Pegawai Perubatan, jelas menunjukkan ia bukan kes yang boleh mengancam nyawa.
13. Tempoh rawatan 6 jam seperti yang di adukan bukan semata mata tempoh untuk dilihat Pegawai Perubatan, tetapi ia termasuk tempoh untuk mendapatkan intervensi x-ray, intervensi darah dan interveri lain lain termasuk pemakaian kas POP (simen) seperti yang adukan oleh pengadu Kepada pengadu dan orang awam, anda tidak sepatutnya mengambil "jalan" ini untuk mengatakan ketidakpuasaan anda terhadap sesuatu perkhidmatan kesihatan yang di berikan.
Adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan penyelia di Jabatan tersebut atau ajukan aduan ada menerusi sistem yang telah di wujudkan di mana aduan anda akan di siasat, di teliti dan anda akan di berikan penjelasan mengenai kesulitan anda.
Menerusi jalan viral ini, anda hanya akan menunjukan sifat tidak profesional dan akhirnya akan bahan membodohkan diri sendiri kerana anda berlagak seperti lebih mengetahui tugas kami lebih daripada kami sendiri.
Kepada staff kesihatan umumya termasuk PPP yang terlibat dalam isu ini, bertabahlah dalam menghadapi tomahan ini kerana zaman sekarang orang lebih menggunakan kecerdikan yang ada tidak pada tempatnya dan lebih mengejar populariti tanpa mereka sedar ia nya memakan diri sendiri dan seharusnya mengambil iktibar atas apa yang terjadi seperti tidak melakukan perkara yang boleh mengundang cakap cakap dan fitnah orang awam.
0 Response to "Viral Dakwa Staff HKL Main Phone, Makan dan Borak Sambil Kerja, Ini Penjelasan Dari Penolong Pegawai Perubatan"
Post a Comment