Dari Mana punca air sungai, Lelaki ini dedah teori yang buat ramai kata wow!!
Dari aku kecil hingga skrg walau secara teorinya aku faham ttp secara logik akal aku masih tertanya2. Iaitu dari mana datangnya sumber air sungai. Teori mengatakan dari mata air di gunung-ganang dan bukit-bukau yg mengalir melalui tanah dan batu2.
Ada yg kata mata air tesimpan di celah2 pokok dan batu2 di hutan. Dari situ terjadinya sungai. Memang benar tp akal fikir banyak mana sangat mata air tu? Di musim kemarau pun tak kering. Jika mata air di lembah kita faham ttp jika di tempat yg tinggi.. mcm mana mata air tu boleh naik tinggi. Aku selalu tengok Google map paparan satelite.
Mmg kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi. Tp ada jg dari celah kampung mana ntah bermulanya punca sungai.
Bila tengok gambar ni.. pokok tak ada dan hanya batu pejal tiba2 keluar bercabang2 air terjun.. lagi pening. Banyak pula tu dan tentunya tak henti mengalir.
Apa yg dpt kita kata hanya MasyaAllah, Subhanallah. Allah yg menjadikan semuanya utk kegunaan manusia, tumbuh2an, haiwan dan semuanya. Antara apa yg disebut oleh Allah di dlm Al-Quran ttg punca sungai..
Maksud firman Allah: "Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali lalai daripada apa yang kamu kerjakan" - Al-Baqarah:74 SUMBER
0 Response to "Dari Mana punca air sungai, Lelaki ini dedah teori yang buat ramai kata wow!!"
Post a Comment