krim

Bapa merangkak dari sebuah bandar ke bandar yang lain cari anak hilang


Seorang bapa kurang upaya di Wenzhang Xi, selatan China, tidak pernah berputus asa mencari anak lelakinya yang berusia hampir tiga tahun sejak mangsa hilang 15 bulan lalu. Biarpun cacat, Chen Shengkuan terus merangkak dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dari sebuah bandar ke sebuah bandar untuk mencari anaknya itu yang hilang ketika bermain-main dengan sepupunya di kediaman mereka.

 Menurut laporan Mail Online, Shengkuan percaya anaknya yang dipanggil Chen Zhaoyuan telah diculik dan dijual kepada sebuah keluarga lain. Sejak kejadian tersebut, dengan berbekalkan sekeping kertas yang menceritakan tragedi yang menimpa keluarga dan gambar anaknya, lelaki tersebut memulakan pencarian di jalan-jalan sekitar China.
Setakat ini dia telah menjalankan pencarian di bandar Zhanjiang yang mempunyai tujuh juta penduduk dan kini mencari di jalan-jalan bandar besar Guangzhou yang mempunyai keluasan lima kali ganda saiz bandar London.


Berdasarkan ceritanya, pada 2 Januari tahun lalu, Zhaoyuan mahu mengikut neneknya ke bandar, namun tidak dibenarkan atas sebab keselamatan.

 Kanak-kanak itu kemudian ditinggalkan bermain bersama-sama sepupunya di kampung tersebut dengan diawasi oleh datuknya, Chen Tongshen. Ketika asyik bermain daun terup dengan jirannya, Tongshen tiba-tiba menyedari cucunya hilang dan selepas gagal mencari di kawasan sekitar, mereka menghubungi pihak polis.

 Menurut Shengkuan, anak lelakinya itu kini telah berusia tiga tahun dan mempunyai dua tanda kelahiran iaitu pada tapak tangan kanan dan sekitar mata.

0 Response to "Bapa merangkak dari sebuah bandar ke bandar yang lain cari anak hilang"

Post a Comment