krim

KANAK-KANAK BERNAMA MEDINA INI FAHAM ‘PUASA’ DALAM ERTI KATA SEBENAR,


Sebilangan kita sering makan dan minum dengan sepuasnya ketika bersahur. Alasannya, supaya kita tidak berasa lapar atau dahaga semasa berpuasa. Kadangkala kita tertinggal sahur, dan tidak berpuasa kerana takut kita tidak akan bertahan rasa lapar dan dahaga jika berpuasa.

 Seorang pengguna Instagram, Nurulism telah berkongsi satu cerita mengenai sahur dari pandangan anaknya yang masih kanak-kanak. Pandangan anaknya yang bernama Medina ini boleh membuatkan kita semua berasa insaf akan erti sebenar Ramadan. Malam tadi sebelum tidur,

 Medina pesan pada saya dan pada Nek Ma untuk kejutkan dia ‘suhoor’ (itulah cara dia menyebutnya ) Menjelang sahur tadi, Nek Ma dia pun kejutkan dia pada jam 5.00 pagi. “Saya nak tidur,” dia kata. Dah agak dah! Tapi beberapa minit selepas itu dia dah terpacak di dapur minta beberapa biji kurma. Alhamdulillah. Pertama kali dia bangun sahur.
Dia makan tiga biji kurma. Beberapa minit sebelum Imsak, saya suruh dia habiskan minum air dari botol. Dia minum tiga teguk. “Minumlah lagi, Nur. Supaya kamu tak rasa lapar atau dahaga esok.

Habiskan sebotol air tu”, kata saya. “Saya dah minum tiga teguk, cukuplah tu. Itulah tujuan berpuasa, untuk rasa lapar dan dahaga. Kalau tak lapar dan dahaga, tak dapat alami apa yang dirasakan oleh orang miskin”, jawabnya. Uh-oh! Baiklah, Nur. Baiklah.

0 Response to "KANAK-KANAK BERNAMA MEDINA INI FAHAM ‘PUASA’ DALAM ERTI KATA SEBENAR,"

Post a Comment