krim

Adira Tidak Dapat Beraya Bersama Suami, Faham Kena Dahulukan Isteri Pertama


Tahun ini merupakan tahun pertama Adira AF menyambut Hari Raya sebagai seorang isteri, namun beliau terpaksa akur apabila suaminya Datuk Seri Adenan Abu perlu beraya bersama isteri pertamanya dan anak-anak mereka dahulu.

 Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah. Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur. Tambahan pula, beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula.


Suami Adira bersama isteri pertamanya dan anak-anak
Tambah Adira, meskipun beliau tidak pandai memasak beliau tetap mahu cuba menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan sahur.

Walaupun tidak pandai memasak, saya tetap mencuba. Sekurang-kurangnya suami dapat merasa air tangan saya. Sedap atau tidak itu belakang kira. Buat masa sekarang, saya masih dalam proses belajar memasak. Sedikit pun saya tidak berasa malu mengakui perkara ini.

Malah ia bukan alasan untuk saya tidak ke dapur. Setakat ini saya sudah mahir menyediakan beberapa hidangan kegemaran suami termasuk ketam masak lemak cili api.


Hidup bermadu ini kena banyak tolak ansur apatah lagi jika bergelar isteri kedua. Apa-apa pun, baguslah kalau Adira memahami keadaan beliau dan suami.

0 Response to "Adira Tidak Dapat Beraya Bersama Suami, Faham Kena Dahulukan Isteri Pertama"

Post a Comment