krim

Akademik Bukan Segalanya! – Sebab Anak-Anak Harus Dibiar Nikmati Zaman Kanak-Kanak Sepenuhnya


Sujud Syukur Anak Dapat Nombor 20! Biar Anak Nikmati Usia Kanak-Kanak! Akademik Bukan Segalanya… Sejak kecil, lazimnya kita diterapkan dengan stigma “belajar bersungguh-sungguh, dapatkan keputusan cemerlang untuk buat mak ayah bangga.” Benar, keputusan peperiksaan yang baik memang boleh membanggakan ibu bapa dan menjadi lambang mereka berjaya mendidik anak-anak.

 Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak cemerlang dari segi akademik. Namun, gred dan keputusan peperiksaan bukanlah segala-galanya untuk dirisaukan oleh ibu bapa kerana lebih banyak ‘pelajaran’ penting yang harus ditimba di sekolah oleh anak-anak.

Wanita ini tidak mahu membebankan anaknya dengan tekanan pelajaran dan peperiksaan, malah dia berasa gembira apabila anaknya mendapat tempat ke-20 daripada 28 orang murid. Mengapa agaknya? Apakah reaksi anda bila mendapat tahu anak anda di tahun 1 mendapat tempat ke 20 daripada 28 murid? Saya solat sunat syukur dan sujud atas berita gembira ini setelah saya semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun Imran pagi tadi. Alhamdulillah, I’m so proud of his achievement so far.

Sangat gembira sampai rasa nak buat offer lah, nak buat sale lah tapi tak terbuat lagi buat masa ni. Dan seperti dijangka, markah tertinggi adalah dalam subjek Pendidikan Seni (Dunia Seni Visual) . Tak hairan la sebab dia memang suka tang tu kan.
Saya pesan pada Imran, saya hantar ke sekolah untuk dia bergaul dengan orang, berkomunikasi dengan baik, mematuhi jadual, belajar dari guru dan cari pengalaman sebanyak mungkin. Dan saya nampak ada perubahan sedikit demi sedikit. Imran mula berani membeli barang di kedai tanpa saya perlu temankan (tapi sentiasa diperhatikan), sudah mula ok dalam menyuarakan pendapat.

 Tidak saya nafikan masih banyak sangat ruang untuk diperbaiki tapi jujurnya saya gembira Pada usia 6 nak menjengah 7 tahun, tak banyak saya harapkan. Saya tidak kisah grade, tidak kisah markah. Saya tahu dia faham namun tak tahu cara nak jawap. Itu lebih penting. Saya tahu dia seronok di sekolah, berkawan. Kadangkala saya tanyakan juga pada guru, khuatir kalau Imran menggangu atau ada masalah lain di kelas. Saya mahu Imran dan anak-anak lainnya menikmati usia kanak-kanak mereka tanpa tekanan, tanpa paksaan dan buat apa yang mereka suka.

Nanti akan tiba masanya suami dan saya akan membuka jalan dan cadangan, namun bukan sekarang. Bukan ketika di bangku sekolah yang masih baru di kenali. Sekadar Gambar Hiasan Besar harapan saya agar ibubapa di luar sana juga begitu. Jangan terlalu kecewa kerana anak masih muda dan mentah. Jika sudah dewasa, akademik juga bukan segalanya. Jangan kita racun anak dengan pemikiran mereka ‘tidak pandai’, ‘pemalas’, ‘susah nk belajar’ dan sebagainya. Kan kata itu satu doa? Dan boleh jadi mereka tidak pandai di sini, tetapi pandai di sana, kurang hebat dalam bidang sini tetapi handal dalam bidang sana. Kan manusia di ciptakan berbeza-beza? Ok ke ok? Moga Allah permudahkan!

 Sumber: Salwa Mohd Salleh

0 Response to "Akademik Bukan Segalanya! – Sebab Anak-Anak Harus Dibiar Nikmati Zaman Kanak-Kanak Sepenuhnya"

Post a Comment