krim

Bahana Pembelian Melalui pos pipi ku rosak teruk


Kuala Lumpur: Terdesak mahu menghilangkan parut jerawat dan mencerahkan wajah dalam tempoh singkat, Ain, 29, menanggung derita akibat mukanya membengkak, selain ditumbuhi jerawat batu selepas menggunakan krim yang dibeli melalui Facebook (FB).

 Ain berkata, dia terlalu yakin membeli produk itu selepas membaca testimoni dalam FB dan komen positif pengguna yang pernah menggunakan produk kecantikan itu.
“Sebelum ini saya memang selalu berurusan dengan perniagaan online dan tidak pernah kecewa dengan kualiti barangan dibeli kerana saya menyelidik secara menyeluruh sebelum membuat keputusan.

 “Saya tidak sangka krim yang saya beli itu menyebabkan muka saya lebih teruk sedangkan jenama produk itu terkenal di negara luar meskipun tidak diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 “Selepas memakainya dalam tempoh seminggu, muka saya kemerah-merahan, ditumbuhi jerawat besar dan bernanah sehingga membengkak,” katanya ketika dihubungi, semalam.- Sumber Harian Metro

0 Response to "Bahana Pembelian Melalui pos pipi ku rosak teruk"

Post a Comment