krim

Stress Bila Anak Buat Perangai Di Shopping Mall, Menjerit Tak Habis²! ini petuanya


Stress Bila Anak Buat Perangai Di Mall, Tantrum Tak Habis²! Masuk sebuah mall, ternampak seorang adik yang berusia dalam 4 tahun, menangis gila kuat sebab nak Kinder Joy. Coklat berbentuk telur yang ada mainan di dalamnya berharga RM4 ke atas.

Tiba-tiba saja ayahnya menampar budak itu, dicubitnya telinga. "Tak faham bahasa ke kau?!" katanya dengan muka berang.
Apa yang anda akan lakukan jika anda berada di situasi ayah kanak-kanak terbabit tanpa membelikan Kinder Joy tersebut?

 TEMPER TANTRUM "Nampak anak orang menangis nak mainan tetapi ibu bapanya enggan belikan, kita pun kasihan dan belikan." Temper Tantrum, itulah istilah yang digunapakai bagi menggambarkan kanak-kanak yang menangis berguling-guling kerana tidak mendapat apa yang dimahukannya. Kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun belum pandai untuk mengawal diri sehingga boleh lupa diri. Apa yang menyebabkan mereka tantrum?

 Tak dapat apa yang mereka mahu!

 1. Usia 1-2 tahun biasanya berpunca daripada tidak dapat apa yang mereka perlu seperti susu dan tukar lampin pakai buang sebab melekit. Namun mereka belum ada kemahiran berbahasa, maka ibu bapa perlu faham pattern tantrum si kecil. Nampak anak kecil menangis walaupun bukan anak kita, mesti kita akan kata, "Dia nak susu kot?" atau "Pampers dia dah penuh rasanya," 2. Usia 3-4 tahun biasanya mahu autonomi dan sudah tahu berkata-kata serta lebih pandai untuk mahu sesuatu yang lebih.

Ini selalu terjadi di pasar raya. Mereka menjerit dan menangis mahukan mainan mereka dan kadang-kadang menggamit simpati orang lain dan mereka belikan. Niat itu baik tetapi caranya salah! Itu anak orang, bukan anak kita. Mungkin ibu bapa mereka sedang mendidik anak mereka. Jika mahu belikan sekali pun, mintalah izin ibu bapa anak itu terlebih dahulu.

Namun perlulah secara tersembunyi dan jangan terang-terangan bagi menjaga air muka mereka. 3Jika anak itu benar-benar dalam keadaan daif, kelaparan atau memang ibu bapa mahu belikan tetapi tidak mampu, lihat semula point nombor 2 di atas. Jika anak itu disyaki child abuse, laporkan kepada pihak berkuasa.
MENANGANI TANTRUM

 1. BIARKAN Ketika ini, emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan kerana frontal cortex otak mereka telah dikawal oleh emosi.

Apa-apa yang ibu bapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk! Analogi: sama seperti sedang lemas dalam air. Masa ini nak ajar orang itu berenang, pasti tidak menjadi punyalah! Terjun dan berada berhampiran orang itu pun jangan terus paut kerana anda mungkin akan ditarik oleh mereka sekuat hati sehingga anda pun turut lemas sekali.

Apabila orang lemas itu lemah sedikit, barulah berpaut dan tarik ke tepi. Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya sehingga menarik perhatian orang lain. Ibu bapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang begitu. Janganlah malu wahai ibu bapa sekalian, biarkan sahaja anak anda begitu dan bergerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.

 2. BERI RUANG Beri ruang kepada mereka untuk melalak dan meluahkan emosi dan tidak perlu bertegang urang dengan mereka pada saat itu. Saalah seperti anda yang menangis sewaktu direject.

 3. TARIK PERHATIAN KE ARAH LAIN Ada ibu bapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika tantrum di pasar raya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium yang berdekatan, jika ada. Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal!

 4. JANGAN PUKUL Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan menjadi lebih teruk sehingga lebih banyak mata yang akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentulah ibu bapa. Dan masa inilah ramai yang akan cuba membeli atau memberi percuma. Tak malu ke? 5. PELUK Sambil membiarkan mereka dengan tantrum, peluk juga mereka sehingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa pada waktu itu. Lihat semula point nombor satu. Peluk sahaja dengan erat. 6. INSENTIF Anak sudah tenang? Bagus, beri mereka insentif lain yang lebih bermanfaat. Beli aiskrim kongsi bertiga pun seronok juga.

 7. PENJELASAN Selepas anak sudah tenang, sambil makan aiskrim (contoh), terangkan kepadanya mengapa anda tidak memenuhi kehendaknya sebentar tadi. Apa yang biasa saya buat ialah: "Faqih, mainan itu mahal sangat. Kalau abah beli, nanti abah tak ada duit nak bawa Faqih jalan-jalan selalu," "Faqih, rumah kita kan dah banyak mainan dah.

Nanti rumah tak muat, terpaksa buang semua ultraman," "Gula-gula tak elok untuk gigi tahu? Kawan-kawan Faqih semua gigi sudah hilang kan? Qiqih nak begitu ke?" Ia ternyata amat berkesan! Setiap kali lalu di kedai mainan, Faqih sendiri akan cakap, "Takyah belilah mainan lagi, mahal sangat.

Kat umah pun ada mainan," "Tak nak beli gula-gula, nanti gigi hilang," Tetapi beri penjelasan yang betul dan jangan menipu mereka. Apa yang anda ajar akan melekat dalam otak mereka sehingga bila-bila. 8. JENAKA Kalau anak anda masih tantrum, selain daripada membiarkannya, boleh juga buat jenaka yang minima. Kenapa? Kerana orang sekeliling akan tengok apa reaksi anda menghadapi tantrum ini.

Lost temper? Orang pandang. Anda pukul anak pun orang pandang. Kalau nasib tak baik ada orang rakam dan upload di Facebook? Tak pasal-pasal.

 9. KELUAR Masih tantrum? Angkat anak dan bawa masuk kereta balik rumah terus! Dan buat langkah
1 - 8 di rumah pula. Semoga bermanfaat. - Mohd Fadhli Mohd Fauzi |

0 Response to "Stress Bila Anak Buat Perangai Di Shopping Mall, Menjerit Tak Habis²! ini petuanya"

Post a Comment