Aku seorang student. Hidup baru dalam 20tahun, tak cukup makan garam pun lagi. Tujuan aku buat confession sini cumalah untuk melepaskan segala yang terbuku dalam hati aku. Dah lama dipendam, dan masalah pun mungkin orang lain anggap remeh tapi sangat meruntun jiwa aku tiap2 kali aku terfikirkan, Menangis sendiri aku. Aku anak yatim.
Bapak meninggal masa aku sekolah rendah lagi. Masa meninggal tu, memang aku sedih sangat, sebab mak aku garang dan aku rapat dengan dia. Aku dan adik beradik lain(3 orang semuanya)pun duduk dengan mak aku. Masa tu, aku benci dengan hidup aku. Aku benci dengan mak aku.Mak aku cekap buat hal suri rumah, tapi dia tak berdikari, tak bekerja, tak boleh drive, tak reti manjakan anak, sentiasa perlu pertolongan orang lain dalam selesaikan apa2 hal luar. Kecewa sungguh rasanya.
Aku anak lelaki, tapi aku jugak nak rasa disayangi. Nak rasa ada tempat boleh bergantung. Dari kecil, kalau apa2 urusan aku kena buat sendiri. Aku aktif, jadi bila wakil daerah,negeri, ada latihan pusat, kenalah pergi ke tempat latihan. Aku? Terpaksa menebal muka mintak cikgu hantarkan sedangkan semua orang mak bapak hantar. Itu takpe lagi. Kawan2 buat jamuan akhir tahun waktu malam.
Aku? Terpaksa tarik diri sebab malam2 takde bas pergi sekolah. Itu takpe lagi. Nak pergi cop dokumen dekat ketua kampung. Tanya mak, dia tak tahu di mana rumahnya. Aku sendiri tanya jiran2, lepastu jalan kaki ke rumahnya, tak jauh pun sebenarnya, dalam 2km. Itu takpe lagi. Alhamdulillah cukup 16tahun aku amik lesen motor, lebih mudah buat semua urusan. Apa2 hal dari zaman sekolah, aku tak pernah mintak duit mak.
Cuma mak bagi rm5 sehari duit belanja masa sekolah. Orang memang kata banyakk tu rm5 sehari! Tapi duit tulah aku pakai beli baju seluar sendiri, alat tulis, tiket bas, minyak rambut, beg, isi minyak motor, makan tengah hari, tukar tayar motor time pancit, bayar event2 sekolah. Kalau korang di tempat aku, rasalah memang tak cukup langsung! Nasib baik aku ada sikit collection duit sendiri hasil menang tournament2 yang aku ceburi. Tak banyak pun tapi boleh lah nak pakai support mana yang patut.
Aku tahu mak dan keluarga aku bukannya senang, sekadar makan pencen abah yang tak seberapa. Alhamdulillah, aku dikurniakan Tuhan kecerdikan dalam pelajaran. Aku dapat biasiswa masuk universiti, boleh la cukup untuk makan dan survive. Macam biasa, kena tebal muka mintak saudara mara hantar masa pendaftaran.
Tapi collectively, semua ni menyebabkan aku rasa sedih. Orang lain ada mak bapak, sekurang kurangnya ada tempat untuk digantung harap.
Aku pula sekadar bangga sendiri kena melakukan semua benda sendiri. Bangga itu pun sebenarnya cuma untuk menyedapkan hati aku. Dalam hati, sedih dan terkilan. Jujur cakap, aku jeles dengan kehidupan normal orang2 lain.
Ya, AKU SANGAT CEMBURU. KENAPA AKU TAK DAPAT MERASA NIKMAT SEBEGITU?Aku mintak maaf kalau luahan ni nampak kebudak budakan tapi itulah apa yang benar2 aku rasakan, dan aku pendam sendiri selama ni. Mungkin aku ada masalah mental, psychology apa aku pun tak tahu. Aku rasa aku sangat dahagakan kasih sayang. Aku rasa macam tak ada yang sayang pada aku. Dari luaran, aku mungkin nampak kuat, tabah tapi sebenarnya aku lemah.
Hidup aku kosong. Disebabkan penampilan aku yang agak maskulin juga menyebabkan aku malu bercerita kisah aku dekat orang lain. Aku harap dengan buat confession ni, aku akan jadi lebih positif dan lebih bersyukur dengan nikmat2 lain yang Tuhan beri kat aku. Aku sebenarnya ada lagi masalah pasal cinta….tapi aku belum bersedia untuk ceritakan. Sebab aku rasa ia remeh, dan mungkin cuma sekadar mainan perasaan aku yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Orang tersebut pun dah reject aku, jadi biarlah.
Kini, semua adik beradik aku tinggalkan rumah sambung belajar. Mak tinggal sorang. Cuma waktu cuti, atau raya dapat berkumpul. Aku sebenarnya sayang, dan pada masa sama kasihan dengan mak aku. Tiap2 hari aku telefon tanyakan khabarnya di rumah. Dulu2 benci mungkin kerana aku masih kecil, mentah dan sekarang aku lebih matang menilai semuanya.
Mungkin bukan salah mak aku semua ni berlaku pada aku. Mungkin ini cara Tuhan didik aku untuk jadi lebih tabah dan berdikari. Aku akan cuba sedaya upaya untuk seronokkan hidup mak aku, insha allah. Itu saja confession aku, lega sikit rasanya dah cerita.
Akhir kata, kepada yang masih ada ibu ayah, bersyukurlah, dan sayangilah mereka. Sesungguhnya kita tak pernah sedar nikmat yang kita rasai hinggalah kita kehilangannya. Tapi ada satu mende aku nak tambah, aku tau ni pun bila aku dah besar panjang.
Makcik aku ada cakap kat aku satu hari,
“Tanpa kau sedar, mungkin sebenarnya doa mak kau lah yang mmbuatkan kau mmpu survive sampai hari ni.. pandai kau, berdiakari kau, brtanggungjawabnya kau, maskulin kau.. Dalam diam, mak kau yg doakan agr kau jd mcm tu..
Kau tk pernah tau ape rahsia dia dgn Tuhan ttg kau..Kau nampk ape yg dia tunjuk dpn kau.. tak semua org tau mcm mana menunjukkan kasih sayang..” Nangis. Encik Z via IIUM.
0 Response to "Luahan Anak Yatim Tentang Hidup Tanpa Ayah. Tindakan Mak Dia Buat Ramai TERHARU !!! "
Post a Comment