Ada antara mereka yang memaksa jurugambar memadamkan foto-foto yang diambil ketika itu agak tidak memalukan Mugabe ternyata ia tidak berjaya menghalang detik-detik memalukan presiden itu dari tersebar ke seluruh dunia. Sumber sahih mengatakan, kejadian tersebut telah menyebabkan keputusan pergantungan tugas seramai 27 pengawal Mugabe yang dianggap gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.
“Situasinya mudah. Kumpulan sekuriti berkenaan dilihat ‘tidur’,” ujar sumber itu. “Banyak bahagian disiasat setelah kejadian tersebut berlaku, daripada Air Zimbabwe (syarikat penerbangan) sehinggalah ke sekuriti. Segelintirnya mungkin akan dipecat.
” gambar-gambar insiden tersebut yang tersebar telah dijadikan bahan jenaka pihak-pihak tertentu dengan melakukan suntingan bagi menghasilkan gambar-gambar lucu. The Standard melaporkan kejadian itu bukan sahaja membuktikan para pengawal tidak menjalankan tugas dengan baik malah ia juga menunjukkan bahawa mereka tidak memahami asas tugas mengawal iaitu tidak berada tiga kaki dari kedudukan presiden
0 Response to "(VIDEO) Kerana Presiden Zimbabwe Terjatuh 27 Pengawal DiGantung Tugas serta merta"
Post a Comment