Seorang pengantin wanita United Kindom telah menfailkan penceraian terhadap suaminya yang baru dikahwini kerana dipercayai telah dibelasah suaminya pada malam pertama mereka. Mangsa, Amy Dawson, 22, menceritakan beliau telah dibelasah oleh Gavin Golightly, 29, hanya kerana suaminya itu tidak dapat menanggalkan gaun perkahwinan yang dipakainya.
Bermula pergaduhan mulut Gavin kemudiannya bertindak menolak wanita itu hingga jatuh ke lantai sebelum menyerangnya. Akibatnya, Amy mengalami kecederaan termasuklah luka dan lebam di bahagian wajah dan dadanya. Gavin bagaimanapun pertahankan tindakannya itu kerana insiden tersebut dakwanya dia dalam pengaruh dadah dan tidak menyedari kejadian itu.
“Apabila dia menyerang saya pada malam itu, saya sangkakan saya akan mati. Saya amat takut kerana dia seolah-olah mahu membunuh saya. “Selepas serangan itu, dia meninggalkan bilik namun kembali semula untuk memukul saya buat kali kedua.
Saya kemudiannya berjaya melarikan diri dan meminta kakitangan hotel supaya menghubungi polis,” katanya. Mengakui hubungan mereka mula bermasalah selepas Amy mengandung, pasangan itu tetap meneruskan perkahwinan mereka. “Saya sangkakan perkahwinan itu akan mengubah hidup kami ke arah yang lebih baik. Saya kecewa kerana ia berakhir dengan kejadian itu,” ujar Amy. Gavin kini telah diperintahkan oleh pihak mahkamah supaya menjalani kerja komuniti selama 24 bulan dan dilarang menghubungi Amy selain perlu membayar ganti rugi kecederaan kepada wanita itu
0 Response to "Dibelasah Suami Di Malam Pertama Hanya Kerana Susah Untuk Buka Gaun"
Post a Comment