Sebentar tadi, Pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana masalah teknikal.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airaswia Tan Sri Tony Fernandes sendiri bagaimanapun telah mengesahkan perkara itu.
“Sebuah peralatan auto-thrust tidak berfungsi dengan baik, sebenarnya ia masih boleh meneruskan penerbangan tetapi lebih baik kami meminta pesawat itu berpatah balik ke KLIA2.
“Tiada kejadian yang luar biasa berlaku,” kata Tony kepada AFP menerusi khidmat pesanan teks.
Persawat jenis A330 yang sedang dalam penerbangan ke Jeddah dari Kuala Lumpur kemudiannya dilihat terbang dalam bentuk pusingan di Selat Melaka dan membuang bahan bakar untuk mendarat.
Bagaimanapun perkara tersebut dianggap satu isu kecil oleh Tony dan mengesahkan pesawat itu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
0 Response to "CEO Air Asia Akui Pesawat D7172 Berpatah Balik Kerana Ada Masalah Teknikal"
Post a Comment