krim

Teori Pakar Sains Kata Putin antara yang Terlibat Rampasan Pesawat MAS code MH370




Dalam satu teori terbaru yang dinyatakan seorang pakar, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah dirampas atas arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan didaratkan secara rahsia di Kazakhstan. Ujar Jeff Wise, perampas dipercayai telah memalsukan data navigasi pesawat untuk memperlihatkan kononnya ia terbang ke arah lain, namun sebenarnya ia terbang menuju Baikonur Cosmodrome yang terletak di Kazakhstan, tak jauh dari Rusia.



 Menurut Wise, penulis sains yang turut terbabit dalam liputan siaran CNN tentang tragedi MH370 sebelum ini, menyatakan bahawa teori mengejutkan itu diramal berdasarkan kepada isyarat ping pesawat tersebut yang dikesan satelit Inmarsat milik Britain. Menurut beliau, semua itu hanya helah yang dilakukan Rusia bagi mengaburi mata dunia dan mengalih tumpuan agar proses mencari dan menyelamat tertumpu di Lautan Hindi.

 Namun demikian, ujarnya kepada New York Magazine bahawa dia tidak mengetahui tujuan presiden tersebut melakukan demikian terhadap pesawat yang dipenuhi penumpang itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak siuman! Memetik kenyataan Wise dalam portal Daily Mail, “Tujuh jam sudah memadai untuk kumpulan perampas melaksanakan rancangannya kerana tumpuan pasukan pencarian ketika itu berada di Laut China Selatan, sebelum akhirnya beralih ke Lautan Hindi. “Perkara pelik di sebalik rampasan ini ialah apa motif sebenar Putin untuk ‘mencuri’ sebuah pesawat sarat dengan penumpang.
“Meskipun boleh dikatakan tidak masuk akal, Russia cukup terkenal dengan pelbagai operasi khas yang akhirnya mempunyai tujuan tertentu.” Dalam teori tersebut juga, Wise mengandaikan bahawa Rusia bertindak merampas MH370 bagi menunjukkan kepada dunia kecanggihan teknologinya yang mampu membuat serangan balas terhadap mana-mana musuh, pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, menguatkan lagi dakwaan tersebut,

Wise berkata Putin mengarahkan rampasan tersebut dibuat sebagai reaksi terhadap sekatan pertama yang dikenakan terhadap Rusia sehari sebelum tragedi itu berlaku. Namun begitu pelbagai teori yang diramalkan banyak pakar gagal dibuktikan secara nyata dan sehingga kini, kehilangan pesawat tersebut masih meninggalkan seribu tanda tanya kepada seluruh masyarakat dunia.

 Dimanakah kedudukan pesawat yang sebenar? Kenapa ia boleh hilang dari radar secara tiba-tiba? Bagaimanakah sebuah pesawat besar mampu lenyap dan gagal dikesan oleh satelit yang kononnya canggih? Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab atas keghaiban MH370?


0 Response to "Teori Pakar Sains Kata Putin antara yang Terlibat Rampasan Pesawat MAS code MH370"

Post a Comment