krim

Remaja Mati Di Dalam Tab Mandi Setelah iPhone yang sedang Dicas Terjatuh


Seorang remaja Russia telah meninggal dunia selepas iPhone yang sedang dicas jatuh ke dalam tab mandi di apartmentnya. Yevgenia Sviridenko, 24, yang berasal dari Omsk, Russia.Telah ditemui oleh rakan serumah beliau dalam tab mandi pada petang Isnin lalu.

 Rakan serumah mangsa, Brigitte Dubinina, 23, berkata dia terasa untuk memeriksa gadis itu apabila dia bimbang rakannya terlalu lama meluangkan masa ketika di bilik mandi. "Saya melihat dia terbaring di dalam air dan muka hitam pucat! Telefon beliau juga berada di dalam air bersama wayar pengecas. Saya cuba menarik kawan saya keluar tetapi gagal kerana renjatan elektrik terlalu kuat hingga badan saya bergoncang."

 

Siasatan awal mendapati mangsa mengecas peranti Apple sambil melayari website Facebook versi Russia yang bernama VKontakte. Pihak ambulans yang sempat hadir di tempat kejadian cuba untuk menyelamatkan Sviridenko, tetapi gagal. Polis tidak mendedahkan sama ada peranti cas ini dari produk Apple berlesen atau sebaliknya. - Independent.co.uk

0 Response to "Remaja Mati Di Dalam Tab Mandi Setelah iPhone yang sedang Dicas Terjatuh"

Post a Comment