krim

Keluarga Mangsa kelar dakwa anak telah Diculik Dan Dilarikan





Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.

Artikel terdahulu : Penuntut Universiti Maut Dikelar Teman Lelaki Semasa Memandu.

Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali lelaki tersebut telah  menculik Syuhada terlebih dahulu sebelum melarikan mangsa.



Menurut ibu mangsa ada kawan Syuhada telah menghubunginya sebelum itu untuk memaklumkan bahawa mangsa telah dilarikan suspek berumur 25 tahun itu yang bekerja di sebagai tukang masak di Melaka itu.

Seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu diknelali telah menceritkan bahawa suspek telah menaiki kereta memasuki kawasan kampus UITM Permatang Pauh sebelum memaksa mangsa naik kereta dan beredar.

“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam

0 Response to "Keluarga Mangsa kelar dakwa anak telah Diculik Dan Dilarikan"

Post a Comment