krim

Bayaran Seks melalui Potong gaji punca Pati terus bekerja di Cameron Highlands



CAMERON HIGHLANDS, 9 Febuari: Bimbang pekerja asing mungkin akan mencari pekerjaan lain, beberapa petani di Cameron Highlands mengambil tindakan drastik dengan menyediakan perkhidmatan pelacuran.

Balan (bukan nama sebenar), petani di Tringkap, mendakwa pelacur termasuk dari China dan Thailand dibawa masuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke ladang di sekitar Cameron Highlands.

Perkhidmatan seks itu disebarkan melalui mulut ke mulut dan perkhidmatan yang membawa pelacur itu pula perlu untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, katanya.

“Pekerja asing biasanya mendapatkan perkhidmatan seks di bahagian atas rumah kedai dan biasanya terdapat barisan panjang di bawah kerana permintaan yang tinggi.
“Ia memberi risiko yang tinggi kepada sindiket pelacuran kerana barisan panjang menarik perhatian, maka pihak sindiket kini yang mengatur perkhidmatan perhantaran,” dakwanya lagi.

Balan mendakwa pelacur biasanya memberi perkhidmatan di hotel tetapi ia juga kini menarik didapati berisiko menarik perhatian.



Dakwanya, penting untuk menggembirakan pekerja asing disebabkan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap warga asing tanpa izin yang menyebabkan kekurangan pekerja ladang dan kebun.

Tanpa pekerja, tanaman tidak akan dapat dijalankan di ladang dan kebun dan kekurangan tenaga kerja ini memberi kelebihan kepada warga asing untuk meletakkan syarat pekerjaan mereka.

Menurut Balan, sebelum ini, petani dan peladang bersaing untuk mendapatkan pekerja dengan menawarkan gaji tinggi sebelum menggunakan tawaran perkhidmatan seks untuk menarik mereka.

“Ada sesetengah pekerja asing akan datang kerja sesuka hati mereka. Petani yang kekurangan pekerja tidak berani untuk memberhentikan pekerja ini.

“Tindakan yang diambil hanyalah memotong gaji pada hari mereka tidak datang kerja,”dakwanya lagi.

Balan mendakwa ada petani yang menawarkan ‘hutang’ kepada pekerja asing untuk mendapatkan perkhidmatan seks, iaitu sekitar RM50 sejam.

“Petani akan membuat bayaran awal kepada sindiket dan jumlah akan dipotong daripada gaji pekerja asing setiap bulan,” dakwa Balan.

Balan yang juga mempunyai ladang di Kuala Terla berkata, perkhidmatan seks itu diketahui di kalangan penduduk tempatan tetapi mereka tidak berani membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Menurut Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing yang diluluskan di Cameron Highlands sehingga November tahun lalu adalah 11,106 orang di mana 6,057 warga Bangladesh bekerja dalam pelbagai sektor termasuk pertanian. - The Rakyat Post

0 Response to "Bayaran Seks melalui Potong gaji punca Pati terus bekerja di Cameron Highlands"

Post a Comment