krim

TERKINI - Pesawat American Airlines Pula Mendarat Cemas



TULSA, Oklahoma – Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa dan dikosongkan selepas asap dilaporkan dalam kokpit. Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Alexis Higgins, berkata pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth ke Cedar Rapids, Iowa, dikosongkan di landasan pada jam 6.15 petang selepas mendarat dengan selamat.

Higgins berkata, tiada daripada 67 penumpang dan kru pesawat berkenaan yang cedera. Katanya, punca asap itu masih belum diketahui. Jurucakap American Airlines, Victoria Lupica, berkata pihak syarikat masih menyiasat puncanya. – AP

0 Response to "TERKINI - Pesawat American Airlines Pula Mendarat Cemas"

Post a Comment