krim

Penyamun maut dipukul mangsa dengan batang paip PVC



Tampin: Seorang lelaki yang dipercayai cuba menyamun suami isteri maut manakala rakannya cedera selepas dibelasah mangsa dengan batang paip di rumah mangsa di Kampung Air Kuning Tambahan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, dua lelaki dikatakan menyerang pasangan terbabit yang baru pulang ke rumah selepas membeli makanan dan cuba menyamun si isteri berusia lingkungan 50-an.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, si suami berusia 57 tahun cuba menyelamatkan isterinya lalu memukul suspek menggunakan batang paip PVC. Menurutnya, pergelutan itu menyebabkan seorang suspek cedera manakala seorang lagi maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Isteri lelaki itu yang turut cedera di bahagian lengan dan luka pada jari telunjuk dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut," katanya. Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mencederakan orang dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 Response to "Penyamun maut dipukul mangsa dengan batang paip PVC"

Post a Comment