krim

Wanita ini ditinggalkan tunang beliau hanya kerana berbadan Gemuk




Seorang wanita yang menggunakan nama As', memuat naik perkhabaran yang tidak baik di laman Facebook Kelab Diet Atki#ns [Malaysia] akan kekecewaannya ditinggalkan oleh tunangnya. "Pertunangan aku diputuskan sebab aku gemok!!! Hinakah perempuan gemokkk!!!!???" katanya dalam nada yang sangat sedih. Kami turut bersimpati dengan nas#ib yang menimpa wanita itu. Melihat pada perbualan wanita ini dengan rakannya di Facebook, ternyata benar apa yang dikhabarkan itu. Nyata dia masih terkesan dengan apa yang terjadi. "tak ada orang nak aku laaa," katany#a menjawab pertanyaan rakannya akan gambar dirinya sedang bermain dengan seorang bayi jirannya. Orang lelaki ini mempunyai citarasa mereka tersendiri. Ada yang suka wanita berisi, kurus, cekeding dan sebagainya.
Walau bag#aimanapun, tindakan memutuskan pertunangan atas alasan bakal isteri gemuk ini amat kejam. Namun, hanya lelaki itu saja yang tahu mengapa dia tergamak membuat keputusan itu. Maka tidak dapatlah kita nak menilai keputusannya tanpa mengetahui hal sebenar.



Tetapi, kaum wanita perlu ingat akan #pentingnya menjaga badan. Soal menjaga badan bukan untuk lelaki semata-mata, ianya untuk kebaikan diri juga. Banyak penyakit yang datang kalau badan terlalu gemuk. Contoh yang mudah, susah nak bersalin. Jangan terkejut, ini adalah fakta. Doktor juga selalu menasihatkan pada bakal ibu yang gemuk untuk kuruskan badan selepas bersalin. Pernah juga mendengar alasan lelaki tidak mahu berkahwin dengan wanita gemuk. Percaya ataupun tidak, ada sesetengah lelaki e#nggan berkahwin dengan wanita gemuk kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka kelak mempunyai genetik gemuk seperti ibu mereka. Tak percaya? Itulah hakikatnya yang pahit terpaksa kaum wanita telan

0 Response to " Wanita ini ditinggalkan tunang beliau hanya kerana berbadan Gemuk"

Post a Comment