krim

"SARJAN" Minta Mangsa Samun bayaran RM400 jika ingin IPHONE dikembalikan



"Harapkan pagar, pagar makan padi," Itulah bidalan yang sesuai bagi mengambarkan sikap seorang anggota polis yang cuba meminta wa#ng bayaran dari seorang wanita, baru-baru ini. Seorang individu tampil berkongsi dengan kami akan sikap seorang anggota polis yang berpangkat 'Sarjan' meminta wang bayaran sebanyak RM400 dari mangsa yang kehilangan iPhonenya 3 bulan yang lalu. Difahamkan, mangsa te#lah disamun oleh suspek ketika mangsa tengah tidur.



Telefon pintar berjenama iPhone dan sedikit wang tunai milik mangsa turut disamun. Namun, selepas tiga bulan berlalu, suspek menghantar mesej kepada teman lelaki mangsa untuk meminta Apple ID. "Mujur saya dah set iPhone Lost dan letak nombor telefon teman lelaki sebagai langkah berjaga-jaga," kata mangsa. Mangsa bagaimanapun en#ggan memberikan Apple ID yang diminta oleh lelaki itu. Suspek masih tidak berputus asa, sebaliknya menawarkan memulangkan telefon itu jika mangsa bersetuju membayarnya dengan harga RM400.
Tindakan suspek yang menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp itu memberikan peluang kepad#a mangsa untuk mengambil gambar profile suspek untuk diserahkan kepada pihak polis. Mangsa telah menyerahkan gambar dan nombor telefon suspek kepada pihak polis serta menunggu hasil siasatan.



Tetapi, lain pula yang diharapkan apabila seorang anggota polis berp#angkat Sarjan menghubungi mangsa dan meminta wang bayaran sebanyak RM400. "Polis itu call saya, cakap kalau nak phone tu, saya kena bayar RM400. Apa guna saya buat report poli#s kalau saya kena beli balik telefon milik saya dengan harga RM400?" keluh mangsa.




 Namun, dengan bantuan dari seorang Inspektor yang bertugas di Bukit Aman, mangsa akhirnya berjaya mendapatkan semula telefon miliknya tanpa sebarang bayaran.





 Tindakan golongan penjawat aw#am yang tidak bertanggungjawab seperti Sarjan terbabit menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap PDRM. Haruslah diingatkan, sebagai penjawat awam haruslah menjalankan tugas dengan amanah. Namun, jangan kerana 'sarjan' ya#ng tidak bertanggungjawab ini, seluruh imej PDRM tercemar. Kami harap, pihak PDRM ambil tindakan tegas terhadap anggota yang bermasalah seperti individu terbabit.

Sumber : MyhypeMedia

0 Response to ""SARJAN" Minta Mangsa Samun bayaran RM400 jika ingin IPHONE dikembalikan "

Post a Comment