krim

Alhamdulilah.. Rozita Che Wan Kini Sudah Bertudung setelah pulang dari UMRAH




Alhamdulilah.. Rozita Che Wan Kini Sudah Berhijab PASANGAN selebriti paling popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan telah selamat pulang daripada mengerjakan umrah hari ini. Apa yang membuatkan kami terkejut campur gembira, Rozita atau senang disapa Che Ta kini tampil dengan imej berhijab. Perkara ini disahkan sendiri pengurus Che Ta, Afeeq menerusi portal Astro Gempak. Katanya, Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.
“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” kata Afeeq. 
 Sementara itu, laman Instagram Che Ta dan Zain dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh para peminat mereka yang jelas gembira dengan perkhabaran terbaru itu. Terdahulu, Che Ta pernah mendedahkan kepada media akan menunaikan umrah bersama Zain bagi melangsaikan nazar atas kelahirkan puteri sulung mereka. Kita doakan moga Che Ta terus istiqamah dalam penghijrahannya ini.




0 Response to "Alhamdulilah.. Rozita Che Wan Kini Sudah Bertudung setelah pulang dari UMRAH"

Post a Comment