krim

Kisah Cubaan Ahli MLM yang Terdesak Mencuri Ahli MLM Syarikat Lain






Nampaknya market bagi Multi Level Marketing (MLM) di Malaysia sudah kian tepu, sehingga ada yang sa#nggup 'potong line' sesama MLM sendiri. Dengan berbekalkan tawaran income sebanyak 5 angka, individu ini cuba mengoda mangsanya yang kini adalah ahli (MLM) Tone Excel. "Tuan tinggal je, join kami di# Phytoscience. Mana ada syarikat (dalam) 2 tahun boleh hasil 30 (buah) supercar selain kami. Tone Excel tak kemana pun tuan," kata individu yang dipercayai ahli (MLM) Phytosciene itu. Mangsa bagaimanapun masih berhati-hati dengan tawaran itu kerana dia tinggal mengenali lelaki berkenaan yang tiba-tiba saja muncul memujuknya untuk tinggalkan Tone Excel.


Mangsa cuba meminta jaminan dan# penjelasan lanjut mengenai 'tawaran' itu, namun jawapan yang diberikan oleh lelaki itu amatlah tidak profesional kerana bertindak memburuk-burukkan syarikat MLM yang lain. "Up to you la tuan. Tuan stay Tone Excel bukan ada pape, ilmu pun takde, income pun takde, berlagak pula tu. Tuan bohong la kalau tuan tak kejar duit, bohong la kalau tuan tak pernah tarik budak-budak syarikat lain," katanya yang kelihatan sudah hilang sabar. "Saya minta maaf kalau terkasar #bahasa. Kalau tuan ubah fikiran, Legacy welcome you sama-sama kerja 5 figures," pujuknya sekali lagi. Namun, tindakan lelaki itu telah membuatkan mangsa tawar hati dan menolak tawaran yang diberikan kerana dia lebih rela tak ada income yang lebat, asalkan tidak memburuk-burukkan dan mengacau ahli-ahli MLM syarikat yang lain. Sehingga ke tahap sebegini merek#a sanggup lakukan. Nyata market MLM di Malaysia sudah semakin lesu. Sebarkan agar anda tidak terjebak dengan MLM.

Antara kereta yang pernah ada dalam VIDEO viral berkenaan MLM


Pendedahan dari seorang Ahli MLM



0 Response to "Kisah Cubaan Ahli MLM yang Terdesak Mencuri Ahli MLM Syarikat Lain"

Post a Comment