krim

Kisah Kuda Terbang di langit Mekah yang jadi viral tahun lepas



Rupanya video kuda terbang di langit Makkah ini dibincangkan di Al Jazeera menyindir sehingga persoalan israk mikraj nabi Muhammad lihat video di bawah. Sememangnya musuh Islam menunggu masa sahaja menggunakan logik mereka dalam hal agama terhadap Islam namun malangnya portal berita terkemuka Emirates247 juga turut menyiarkan video ini dengan tanda soal tanpa penjelasan hingga akhir kita dimangsai jadi bahan tertawa. – sebelum ini: Sebuah video yang memaparkan kuda terbang di langit Mekah tengah diperbincangkan di media sosial. Video itu dimuat naik di Youtube oleh akaun Journey 2 Jannah, 25 November lalu. Kuda yang didakwa sebagai “Al Buroq” itu khabarnya kelihatan di langit Jeddah, Makkah, Saudi Arabia.
Video itu memperlihatkan sebuah penampakkan yang menyerupai kuda yang sedang berlari mengharungi langit di tengah cuaca buruk. Menurut khabar angin yang beredar, video itu memang diambil ketika sedang berlaku hujan lebat dan petir menyambar. Pemandangan di dalam video jadi terasa semakin mencengkam kerana para saksi yang suaranya terakam di dalam video membaca ayat-ayat Al Quran.

 Video itu pertama kali dimuat naik di Facebook dan terus merebak secara viral dengan cepat. Video itu terus mendapat banyak komen . Ada yangmengatakan kuda itu hanya belon terbang yang dijual di sekitar tempat kejadian, ada juga yang menganggapnya itu benar-benar tunggangan Nabi Muhammad SAW iaitu Buroq. Menanggani feonomena itu, umat muslim tidak begitu senang kerana bentuk kuda terbang itu disamakan dengan Al Buroq. Menurut keyakinan umat muslim, Al Buroq adalah makhluk yang dianggap suci dan mempunyai kelajuan berlari yang mana mungkin tertangkap oleh mata manusia.



0 Response to "Kisah Kuda Terbang di langit Mekah yang jadi viral tahun lepas "

Post a Comment