krim

Temuduga Terbuka (200 kekosongan) Jabatan Perangkaan Malaysia - 28 dan 29 Mac 2016


Temuduga terbuka di Jabatan Perangkaan Malaysia Mac 2016. Jabatan Perangkaan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk hadirkan diri dalam temuduga terbuka sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

 1) PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - 200 KEKOSONGAN

Tarikh : 28 & 29 Mac 2016 (Isnin & Selasa)

Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang Tempat : JobsMalaysia Centre Kuala Lumpur, T2-3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Pudu Sentral, 55100 Kuala Lumpur.

Gaji : RM 54.00 Sehari.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-2026 2058

KELULUSAN : Lulus SPM Dengan kredit Bahasa Melayu serta lulus Matematik / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Sila bawa bersama resume, kad pengenalan serta sijil-sijil asal dan salinan serta berpakaian kemas semasa menghadiri temuduga terbuka ini.
Jabatan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.

Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982. Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri,Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.

0 Response to "Temuduga Terbuka (200 kekosongan) Jabatan Perangkaan Malaysia - 28 dan 29 Mac 2016"

Post a Comment