krim

Benarkan Rakan Guna Pistol Merompak, Anggota Polis Ke Tali Gantung


Seorang bekas pegawai polis berpangkat Inspektor telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah membenarkan pistol miliknya digunakan rakan untuk membunuh pekerja kedai emas ketika melakukan rompakan tujuh tahun lalu, lapor Sinar Harian.

 Mohd Taufik Peter Abdullah, 49, yang memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan berseluar putih dilihat tenang selepas Hakim Datuk Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadapnya selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sepanjang perbicaraan. Menurut Datuk Samsudin Hassan, penghakiman dijalankan selepas wujud percanggahan dalam maklumat serta keterangan saksi dan tertuduh semasa perbicaraan berlangsung.
Selain daripada itu, pihak pembelaan hanya menampilkan saksi yang mempunyai tali persaudaraan dengan tertuduh tanpa saksi berkecuali dan perkara ini secara tidak langsung dilihat menyebelahi tertuduh. Dalam masa sama, Samsudin turut menyatakan tiada bukti tertuduh ambil langkah munasabah untuk mencegah dari melepaskan tembakan. Tahun 2009 lalu, Mohd Taufik yang sehingga kini digantung tugas, dituduh mengetahui rakannya, mendiang S Nagendran, yang mempunyai senjata api dan melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian terhadap Chen Fun Kee.

 Kejadian itu berlaku ketika tertuduh dan Nagendran melakukan rompakan di Max Goldsmith & Jewellery di No 15, Jalan Sultan Iskandar di sini, antara jam 3.30 hingga 5.10 petang pada 16 September 2009.

 Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh, Muhammad Farhan Ahmad Fadzir dan Ashvinder Kaur.

0 Response to "Benarkan Rakan Guna Pistol Merompak, Anggota Polis Ke Tali Gantung"

Post a Comment