krim

Cari mangsa melalui WeChat, Remaja perogol bersiri 'Solleh' diberkas di Langkawi



LANGKAWI - Seorang remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam 10 kes rogol diberkas di sini Rabu lalu Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, remaja berumur 19 tahun itu yang berasal dari Alor Setar diberkas hasil maklumat seorang mangsanya Beliau berkata, mangsa itu bertembung dengan suspek yang ketika itu sedang memandu kereta di sini bersama seorang wanita lain yang dipercayai turut menjadi mangsa suspek
"Suspek dipercayai baru tiba di sini bersama mangsa terbaharunya itu," katanya Che Ghazali berkata, suspek yang dikenali sebagai 'Solleh' didapati terbabit dengan 10 kes di Kedah dan Kuala Lumpur 

"Modus operandi suspek ialah menggunakan 'Nearby Search' dalam WeChat untuk mencari mangsa. Apabila berjaya diperdaya, suspek akan membawa mangsa ke kawasan sunyi untuk dirogol atau merogol mereka di dalam kereta,"

katanya Che Ghazali berkata, suspek juga disyaki mencekik dan memukul mangsa serta memadamkan maklumat berkenaan diri suspek yang terdapat dalam telefon bimbit mangsanya Beliau berkata suspek yang merupakan bekas pekerja hotel di sini disyaki melakukan jenayah itu sejak Oktober tahun lepas dengan mangsa suspek berumur sekitar 16 tahun dan 18 tahun "Phak polis telah memperoleh perintah reman ke atas suspek," katanya

0 Response to "Cari mangsa melalui WeChat, Remaja perogol bersiri 'Solleh' diberkas di Langkawi"

Post a Comment