Menurut pengadu, anaknya telah beberapa kali dicabul oleh guru besar yang berusia 53 tahun tersebut yang menggunakan taktik licik dengan menyuruh kanak-kanak berkenaan menghantar barang miliknya ke pejabat guru besar. Selain itu, pengadu turut memberitahu guru besar terbabit bukan hanya mencabul anaknya seorang sebaliknya beberapa orang lagi rakan anaknya menjadi mangsa guru besar durjana tersebut.
Gambar dibawah menunjukkan pesanan Whatapps yang dihantar oleh guru besar tersebut kepada anaknya.
Pengadu juga berharap satu tindakan yang pantas harus diambil terhadap guru besar berkenaan kerana pasti akan lebih ramai akan menjadi mangsanya jika tindakan tidak diambil terhadapnya. Berdasarkan cerita pengadu lagi kejadian ini bukan baru terjadi kerana ia dikatakan telah berlaku sejak tiga tahun lepas lagi melibatkan kanak-kanak darjah satu di sekolah tersebut cuma kegiatannya tidak dapat dihidu oleh orang sekeliling.
0 Response to "Minta Pelajar ke pejabat, Guru Besar Jahat Cabul Murid Sendiri"
Post a Comment