krim

Prihatin Mangsa Gempa Sabah Sultan Johor Beri Sumbangan RM1 Juta




Sultan Johor hari ini berkenan untuk memberi sumbangan berjumlah RM1 juta kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah. Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musan Aman, sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri Sabah.

 "Kerajaan negeri dan seluruh rakyat di Sabah menjunjung kasih atas perkenan baginda atas sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri," kata beliau memetik laporan Bernama.

Menurut Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri, sumbangan itu amat dihargai oleh rakyat di Sabah, terutamanya mangsa gempa bumi.

 Beliau juga berkata beliau terharu dengan keperihatinan Sultan Johor yang menitahkan satu solat hajat di Johor baru-baru ini untuk mendoakan keselamatan mangsa gempa bumi di Sabah. -

0 Response to "Prihatin Mangsa Gempa Sabah Sultan Johor Beri Sumbangan RM1 Juta "

Post a Comment