krim

Luahan Hati Pekerja Malaysia Airlines Yang Bakal Diberhentikan Kerja 31 August ini




“Saya tidak tahu apa akan dilakukan selepas ini kerana masih terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Penerbangan Malaysia (MAS),” kata seorang kakitangan Malaysia Airlines, Hafiz,30, yang telah ditamatkan perkhidmatan. Hafiz adalah salah seorang dari 6000 kakitangan MAS yang telah ditamatkan perkhidmatan selepas tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional tersebut.

Menurutnya, surat notis penamatan yang dipos ke rumah dibuka isteri dimana ia telah dibuka oleh isterinya sebelum memaklumkan kepada beliau yang sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. Katanya, kerana notis penamatan kerja itu dia terpaksa mencari kerja lain sebelum 31 Ogos di mana tarikh tersebut adalah hari terakhir perkhidmatannya dengan MAS.

 “Bukan senang untuk mencari kerja lain ketika ini, tambahan pula saya sebagai ketua keluarga perlu menyara isteri dan anak. “Buat masa ini saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Walaupun agak tertekan, saya reda dan percaya akan ada rezeki lain untuk kami sekeluarga,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui oleh wartawan

Pada Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang merupakan pemegang saham terbesar MAS telah mengumumkan 12 langkah pelan penstrukturan semula MAS bernilai RM6 bilion dimana mereka akan menubuhkan entiti baru dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) menyebabkan 6,000 pekerja daripada pelbagai peringkat diberhentikan.

 Pada awal Mac lalu, Khazanah memaklumkan mereka akan melakukan penilaian semula bakat yang meliputi 20,000 pekerja MAS selesai pada 2 Februari dan nasib pekerja hanya diketahui 1 Jun

0 Response to "Luahan Hati Pekerja Malaysia Airlines Yang Bakal Diberhentikan Kerja 31 August ini"

Post a Comment