Kisah Suren, jejaka Nepal raih RM26,000 sebulan di Malaysia
Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan. Malam tadi jam 10.30 den pergi ke rumah sewa lama untuk selesaikan beberapa barang yang masih tertinggal. Rupa-rupanya rumah tersebut sekarang disewa oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya. Disebabkan den rakyat malaysia yang berhemah dan berjiwa mulia, den mulalah berbual dengan Suren, asal usul, kerja lama, kerja sekarang, apa bikin, kehidupan di Nepal, gunung Everest, pemimpin korupsi di Nepal, polis makan rasuah dan banyak lagi.
Yang paling den terkejut beruk, bila Suren cerita pekerjaan sekarang dan jumlah pendapatannya. Dari jam 10.30 malam, kami berbual hingga jarum menginjak 12.20 tengah malam. Dah macam jejak kasih jumpa saudara yang lama terpisah. Kisahnya begini, 2 tahun lepas Suren ni cuma “general worker” di sebuah kilang di Rawang. Namun, dia nampak potensi perniagaan apabila dia lihat ramai orang Nepal di sini. Suren mula buka bisnes kedai makan, khas untuk orang Nepal. Modus operandi Suren cukup bijak, dia menawarkan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan.
Sehari jatuhnya lebih kurang RM7.30 beserta khidmat “free delivery”. Jika pelanggan yang tidak mahu pakej bulanan, atau pelanggan yang “walk in”, harga makanan akan jauh lebih mahal mencecah RM11.
Jadi, kebanyakan pelanggan lebih berminat dengan pakej bayaran bulanan RM220/bulan. Sekarang Suren sudah ada pelanggan tetap Nepal yang mengambil pakej bulanan seramai 120 orang. 120 orang x RM220 = RM26,400 Ini pendapatan kasar minima Suren, tidak dicampur dengan pelanggan yang “walk in”. Dia boleh menggaji 6 orang pekerja. Kakak iparnya sebagai “cashier”, abangnya sebagai “supervisor”, dua orang Nepal menguruskan “food packaging”, dan dua orang lagi Nepal sebagai “chef”, teringat den pada Kame Daud.
Jadual hidup Suren : 5.00 am – bangun dan pergi ke kedai 7.00 am – mulakan “delivery pertama” 10.00 am – Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 pm 5.00 pm – selepas mandi (kalau dia mandi la), Suren pergi semula ke kedai 6.00 pm – “delivery kedua” 10.30 pm – balik rumah tidur Kagum den dengan Suren, boleh menyewa sebuah kedai daripada orang Melayu, boleh menggaji 6 orang pekerja, dan yang hebatnya, berjaya membeli sebuah kereta Proton Waja RM8,000 secara tunai.
Ujar Suren, hei kawan, kirja dengan worang (makan gaji), hujung bulan ngam ngam bilanja duiy habis. Miniaga bulih untung la. Dah macam Encik Azizan Osman den dengar Suren cakap. Haha. Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang. Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang, dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan.
Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Marilah berusaha memerah keringat. Suren yang belakang, den yang depan. Korang jangan tersalah pula, muka memang lebih kurang. Nanti den nak periksa salasilah keturunan, mungkin nenek moyang den asalnya Nepal. Jubake.
Khusus Dewasa 18++++
ReplyDeleteVideo Bokep
Hijab Bugil
Foto Bugil
Cerita sex dewasa
Cerita sex Bergambar
Bukudewasa
Tante Tante Bugil
Bokep Jepang
Bokep Indonesia
CUma disini pusat dan tempatnya cepetan ada video dan foto terbaru yang sedang viral