krim

Shuib Tiada Hutang, Saya Dah Cukup Gembira Dengan 3 Cucu - Bapa Mertua



Bapa kepada Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah akui terkejut apabila menantunya, Shuib menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan selepas enam tahun mendirikan rumahtangga. Penyanyi dan pelakon era 80-an itu berkata dia menganggap perkahwinan mereka sudah lama selesai , bagaimanapun tidak pernah menghalang niat Shuib untuk mengadakan sebuah majlis resepsi sempena perkahwinannya yang diadakan semalam.

 "Saya anggap perkahwinan mereka sudah lama pun selesai. Malah Shuib tiada hutang apa-papa majlis pun dengan saya kerana apa yang kita rancang sebelum ini sudah pun selesai. "Yang penting nikah dan kami sudah adakan majlis pernikahan itu dengan sempurna dan sederhana sebelum ini. 

"Saya terkejut juga bila Shuib beritahu hendak bersanding tetapi saya tiada halangan untuk itu dan hanya menyokong apa yang mereka hendak lakukan. "Bagi saya, saya sudah cukup gembira apabila dikurniakan tiga orang cucu hasil enam tahun perkahwinan mereka.

"Ia sangat bernilai," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di majlis persandingan anaknya di Bora Ombaik, Marina Putrajaya semalam. Majlis resepsi itu diadakan sebagai melunaskan janji Shuib kepada isterinya sekaligus sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Tiada lain harapan seorang bapa, Raisuddin hanya mahu melihat anak dan menantunya bahagia selamanya. 

"Apa-apa yang mereka hendak lakukan pun kebahagian dalam rumahtangga itu yang penting. "Saya sentiasa mendoakan agar mereka suami isteri kekal bahagia hingga akhir hayat," katanya lagi. Majlis persandingan mereka dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua mempelai serta sahabat handai dan rakan artis.

 Antara rakan artis yang hadir adalah Jep Sepahtu, Sari Yanti, Shaheizy Sam, Syatila Melvin, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Datuk M.Nasir, Datin Marliah Musa, Datuk Yusof Haslam, Rahim Sepahtu, Sharifah Shahira, Zizan Razak dan ramai lagi. Kredit : Astro gempak

0 Response to "Shuib Tiada Hutang, Saya Dah Cukup Gembira Dengan 3 Cucu - Bapa Mertua"

Post a Comment