'Tak Tahan Aku Ada Bini Garang Camni' - Suami
Saya seorang suami, ada dua orang anak lelaki dan perempuan, masih kecil. Saya kahwin muda, sekarang baru berumur 23 tahun dan isteri saya 20 tahun. Alhamdulillah, hidup kami senang dari segi kewangan. Tetapi isteri saya sangat garang. Dia sebenarnya baik sangat. Bila saya sakit, dia jaga. Dia masak, basuh baju, kemas rumah, bagi susu anak sampai tak tidur malam. Sampai saya pun tak tahu nak buat kerja apa dah.
Semua dah diselesaikan oleh dia. Oh ya, isteri saya surirumah sepenuh masa. Cuma dia terlalu garang dengan saya dan anak-anak menyebabkan mereka lebih rapat dengan saya berbanding ibu mereka sendiri. Iyelah, cuba kalian bayangkan. Kalau dia kejutkan saya dari tidur seperti ini, "Hey bro! Bangunlah, subuh.
Lambat bangun, gua jirus dengan air panas," Kata-katanya itu menyebabkan saya takut dan terus terjaga sebab dia jenis akan buat apa yang dia cakap. Kalau panggil makan pula, "tak nak makan ke ni? Kalau tak nak makan, saya camapak saja dalam tong sampah. Tak pun bagi kucing/anjing jalanan itu je,".
Kalau saya tak makan atau kata dah kenyang, nanti daia akan perli saya. "Okay fine, selepas ini abang makanlah di kedai janda, kedai anak dara itu saja. Saya takkan masak sebulan,". Esoknya, memang dia takkan masak. Nak buat macam mana kalau saya betul-betul dah kenyang, tetapi dia pula paksa saya makan.
Semenjak kahwin dengan dia, badan saya menjadi gemuk, perut pun dah buncit. Setiap kali nak dia, dia masak sedap-sedap. Setiap petang pula dia rajin buat kuih. Pengsanlah saya macam ini. Kalau tak makan, dia tak nak masak sebulan. Bila saya tengah main game, dia langsung tak nak bercakap dia saya. Sampailah dia perli saya. "Selepas ini, tidur, mandi, makan. peluk dengan game ye. Jangan pandang-pandang saya lagi. Awak pandang saya, saya cungkil biji mata dengan garpu. Pastu saya goreng masak kacap," katanya menyebabkan saya terus membuang game COC. Padahal itu game kegemaran saya.
Dia kalau mengamuk lagi saya takut. Habis semua barang dia akan baling. Lepas itu, dia packing semua barang dan balik ke rumah mak dia. Setiap kali bergaduh, begitulah perangainya. Yang paling stress, dia akan menangis seperti saya telah berlaku curang/ceraikan dia. Menangis berhari-hari sampai bengkak mata. Saya tak tahan dapat isteri seperti ini. Dia garang sangat-sangat dan suka menangis. Dia berebut nak tengok TV dengan saya, dia menangis. Anak saya tak nak makan, dia menangis. Anak saya menangis, dia menangis. Sampai saya rasa nak gila pun ada. Tetapi saya akui dia rajin dan pandai memasak serta baik orangnya. Tetapi beberapa sifatnya itu membuatkan saya agak rimas dan tidak gemar dengannya. - Kisah Rumah Tangga
0 Response to " 'Tak Tahan Aku Ada Bini Garang Camni' - Suami"
Post a Comment