krim

Kesukaran Operasi Mayat pelajar jatuh ke dalam kawah Gunung Merapi ketika berselfie sudah Berjaya




Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) hari ini mengesan mayat Eri Yunanto, 21, pelajar dari Universiti Atmajaya yang terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi tiga hari lepas.



Salah seorang anggota pasukan BASARNAS, Basuki, yang terlibat dalam operasi menyelamat di petik daripada Jakarta Post berkata, pasukan SAR turun sedalam 100 meter ke dalam kawah dan mengangkat mayat lelaki sebelum meletakkannya ke tepi kawah. “Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa ke tepi kawah pada kira-kira jam 11.40 pagi (waktu tempatan),” kata Basuki dipetik daripada Jakarta Post.
Semua kakitangan pasukan memakai pakaian kalis api dan dilengkapi dengan topeng oksigen untuk melindungi daripada bahaya suhu yang tinggi dan gas beracun.



Basuki berkata, mayat Eri dibawa ke stesen mendaki Pasar Bubrah dan dari sana akan dibawa ke tapak kaki gunung. Eri terjatuh kira-kira 150 meter ke dalam kawah Gunung Merapi yang kedalaman jurangnya antara 100 hingga 200 meter ketika asyik berselfie di puncak gunung itu, di Boyolali, Jawa Tengah.

0 Response to "Kesukaran Operasi Mayat pelajar jatuh ke dalam kawah Gunung Merapi ketika berselfie sudah Berjaya"

Post a Comment